after one week ‘ponteng’ kelas n berbakti di bumi kemboja, akhirnya aku pulang ke tanah air tercinta. berbaur rasa hati. sedih sebab dah kena berpisah dengan kawan-kawan rapat mase kat sana; sedih jugak sebab dari airport kena terus balik kuantan n terus masuk kelas (homesick tahap dinasaur dah ni..huhu…nak balik umah); syukur sebab balik malaysia n dapat makan best2 (after 3 days loya-loya yang sangat dahsyat); geram sebab balik-balik je dah dapat warning letter dari kulliyyah sebab inform kat diorang lambat pasal program ni. sabar je la…ni yang rase nak merajuk ngan kulliyyah. lalu depan ofis pun, rasa macam ‘angin’ je…
kisah iskandar

iskandar
all the way to phnom penh, dalam flight, memang rasa mengantuk yang teramat sangat, penat rushing dari umah ke kuantan n dari kuantan ke gombak pulak; tapi memang dah ditakdirkan, iskandar duduk kat sebelah aku. dari kl sampai ke phnom penh, penat dok melayan dia je. habis 3 kali khatam magazine kat dalam flight tu.huhu.(sabar…bapak iskandar sengih je tengok aku layan anak dia)
opening ceremony
on 14th dec 2008, mufti kemboja merasmikan program ni. dalam keletihan dan mata yang hampir tertutup, aku gagahkan diri untuk mendengar the words of wisdom by the mufti. tragis sangat cerita pasal pol pot n how the khmer regime affects the Muslims during that time. mufti tu berharap sangat-sangat kehadiran kami dapat mengubah cara pemikiran penganut Islam tempatan (aku tak faham sangat time ni, but still, i try to bear dis in my mind)

di pejabat mufti
sunathon

me n k wahid
the main purpose aku dihantar ke kemboja… assist dr buat khatan. to be frank, aku x familiar pun with this procedure. first day sampai je kat kg chroy meantrey, dah kena start khatan those cambodian children. nasib baik k wahid dengan sabar dan tekunnya, memberi tunjuk ajar. not long after that, i was finally able to familiarise with the flow of the procedure.not only assiting the dr, aku jugak tolong k wahid jahit luka at that ‘part’.

k fatin ajar baca doa sebelum kena sunat
“doktor, budak-budak laki lain intai ikut tingkap takpe ke? takyah cover ke budak yang nak kena sunat ni?”, aku mula risau bila ramai yang terhendap-hendap dari tingkap. “tak payah, sunat ni macam pesta bagi orang-orang kat sini”, jawab dr dinon. dahi aku berkerut. mesti budak ni malu bila dia dah besar nanti..hu~ macam-macam ragam budak-budak yang disunat tu. ada yang belum buat apa-apa lagi pun dah nangis. sampai aku kena belajar simple sentences untuk tenangkan diorang..letih nak melayan tapi dr dinon lagi kesian, non stop dari pagi sampai petang, compared to aku yang on/off setiap hari.malunya.
perangai nakal aku mula terserlah bila ramai yang offer diri untuk jadi ‘nurse’ kat klinik. after showing them how to prepare the equipments and assist the doctor, aku pun meloloskan diri n join shikin untuk visit rumah orang-orang kampung. one thing yang memang aku tak regret langsung. aku tengok secara ‘live’ the true colour of chroy meantrey villagers. perkampungan orang islam yang masih lagi dihimpit kemiskinan dan terlalu jauh dari arus kemodenan.
an evening with shikin
first time rapat dengan shikin, bila dia ajak aku jalan-jalan kat belakang masjid. then, petang selasa yang indah, 16th dec 2008, once again aku merayap bersama shikin… everything ‘weird’ i found all the way, i caught in my camera. sambil jalan, aku sarungkan baju kanak-kanak yang diderma to any undressed children that i found all the way. sebelum keluar rumah, aku sumbat bagpack aku dengan baju-baju tu as recommended by ibu neli. petangnya, naik kereta kuda pulak. don’t be surprise, orang kampung guna kereta kuda tu untuk angkat barang, tapi kitorang buat jalan-jalan keliling kampung. siap lambai-lambai ala miss world lagi…
women section
rutinnya, for the sisters, akan solat maghrib dan isya’ berjemaah di surau kecil tak jauh dari masjid. dan kebiasaannya, k fatin yang akan jadi imamah n lead untuk session ajar mengaji untuk jemaah muslimat di kampung ni. antara banyak-banyak aktiviti yang aku join in this trip, this part was the best (for me la..). kesatuan aqidah yang jelas terbukti apabila hamba-hambaNya dari dua dunia yang berbeza sujud mengadap satu qiblat yang sama. somehow, aku rasa terharu sangat-sangat time ni.ditambah pulak dengan alunan zikir munajat yang turut sama dilaungkan dengan penuh semangat oleh makcik-makcik yang tulus mulus wajah mereka walaupun dibaluti telekung yang hampir lusuh. setiap kali bersalaman lepas habis solat, air mata aku pasti tumpah, syukur yang teramat sangat atas segala ni’mat kurnianNya. sebak sangat-sangat sampai sahabat-sahabat lain pelik, “kenapa hum sedih sangat?”… memang aku jenis ‘ciwek’ pun.huhu
voices of cambodian children
one evening, after solat isya’ berjema’ah kat surau, aku, k wahid n shikin tunggu kat luar sementara yang lain bersiap untuk makan ‘lembu naik bukit’ kat rumah k filin. then suddenly, haliza n anfal (artis kanak2 kat kampung ni, haha) together with their friends came to us. we were presented by a wonderful song yang aku bagi tajuk ‘ya ta na na’ (actually ni lagu nabi-nabi, tapi versi kanak-kanak kemboja). melekat lagu ni kat bibir aku even up until today. banyak lagi lagu yang diorang nyanyi, ada yang kitorang faham n ada jugak yang melopong kitorang dengar. yang jelas, they sang with their heart, sebab memang menusuk qalbuku.
loya-loya
kat rumah kat filin, kami dihidangkan dengan ‘lembu naik bukit’. aku tak faham mana satu bukit yang lembu tu panjat. haha. tapi, seriously, memang sedap yang teramat. aku melantak sampai tak ingat dunia, tambah pulak ‘teman seperjuangan’ (k wahid, tika, n akmal) yang memang menyokong kuat usaha aku untuk menghabiskan daging-daging tu. sampai kat rumah, still ok, walaupun kepala dah pening-pening. keesokan harinya, perut dah rasa lain macam. breakfast, diorang prepare nasi goreng, tapi aku tengok pun dah rasa nak term#*^*h. bukan sebab tak sedap, tapi loya yang teramat (perhaps overload makan daging malam tadi). tengahari pun sama, tak boleh nak sumbat sesuap nasi pun. time dinner, lagi dahsyat, tengok nasi pun aku terus menangis. last2, makan nestum sebab nak alas perut. start malam tu, aku diarrhea. rasanya more than 15 episodes. esoknya, before bertolak ke phnom penh, telan ubat chi kit teck aun (first time aku dengar sebenarnya), alhamdulillah, reda sikit. but, loya still lagi rasa, sampai aku balik malaysia pulak tu. it took me a few days untuk regain balik my apetite towards nasi.
banyak lagi that i would love to share with all. kata-kata mutiara dari ibu neli, shopping kat central market(how aggressive i was at that time, Tuhan je yang tahu), naik tut tut(tak sure ejaan dia macam mana), visit muzium pol pot, embassy of malaysia, n banyak lagi la… walaupun dapat warning letter, tak regret langsung join this program. tunggu second episode pulak ye 